Monday

Selamat Datang...



Terima kasih kerana
mengunjungi Muslimah Choice.

Laman ini menyajikan anda dengan pilihan-pilihan baju renang Muslimah bagi dewasa dan kanak-kanak yang pelbagai, dengan harapan ia dapat memenuhi kehendak anda dan Syara'.
Selamat memilih dan membeli belah di Muslimah Choice.
- Noormy Asif @ MuslimahChoice -

Tuesday

Mengenali Pakaian Renang D'Safa

Pakaian renang D'Safa pasti menepati kehendak anda.
  • Terdiri daripada'3-piece-suit': cap, tudung & baju renang.
  • Pelbagai corak menarik meliputi bahu hingga peha.
  • Mudah disarungkan dengan zip di bahagian depan suit.
  • Base '1 sut' dari leher hingga ke kaki, tak perlu risau lagi pakaian tersingkap di dalam air.
  • Diperbuat daripada lycra spandex, mengering dengan segera selepas kita keluar dari air.
  • Gaun amat efektif melindungi susuk tubuh kita.

C.U.C.I

Untuk memastikan pakaian renang anda tahan lama;
  • Ketika masih memakai baju renang, mandi dengan air sejuk (elakkan hot shower)
  • Kemudian, bilas lagi dengan air sejuk sehingga hilang bau klorin kolam. Tak perlu gunakan sabun...
  • Perah airnya. Boleh juga rollkan dengan tuala yang telah pudar untuk mengeluarkan lebihan air (tuala baru dikhuatiri turun warna pula..)
  • Jemur di tempat teduh. Jangan peram swimsuit (a good breeding ground for bacteria)
  • Setelah kering, lipat pakaian renang anda. Usah dibiarkan tergantung...

Thursday

Tak Tau Saiz La....

Anda boleh memakai pakaian renang 1 atau 2 saiz kurang (lebih kecil) daripada baju yang biasa kita pakai. Contoh, jika bersaiz L, bagi pakaian renang saiz M atau S seharusnya sesuai.